” Dibalik kesulitan dilanda pandemik, ada juga keluarga yang menempuh hari hari dengan bahagia. Respect your family. Your father was awesome and great father figure. I’m also a father but I’m truly respect your father. In shaa Allah, I will be a great father figure too. Amin “
Begitulah komen yang ditinggalkan oleh salah seorang netizen di Youtube saudari Nathalia Iqbal.
“Rutin harian challenge. Kami prank ayah fake rutin harian ๐ Siap ada plot twist๐ #rutinchallenge”
Baru-baru ini, 4 September 2021 (Sabtu), Nathalia Iqbal telah memuatnaik satu video #rutinchallenge bersama ahli keluarga beliau dan telah mendapat lebih dari 300k tontonan Youtube, serta 4k perkongsian dan lebih 800 komen ditinggalkan di akaun facebook beliau.
Rata-rata memuji keluarga ini kerana hubungan erat sesama mereka dan cara didikan ibubapa yang perlu dicontohi melalui reaksi ayah beliau. Tidak kurang juga yang terhibur melihat telatah ayah beliau dalam memberi respon kepada anak lelakinya yang sedang berpura-pura menceritakan rutin hariannya.
Memang lawak gila, siapa belum nonton cepat cari videonya!
Bagi sesiapa yang tidak tahu, rutin challenge adalah satu trend video yang dirakam oleh si anak bersama ibubapa atau ahli keluarga sambil berpura-pura menceritakan rutin harian mereka.Video #rutinchallenge ini telah popular sejak pandemik melanda negara kita.
Begitulah hikmah pandemik.