“Daripada Sungai Ke Bukit Untuk Menghantar Jenazah Ke Persemadian Terakhir” ~ Sedih tengok 😭

Baru-baru ini satu video tiktok telah dimuat naik oleh @PiaPinah MH di akaun twitter beliau yang memaparkan keadaan jenazah yang dibawa merentasi sungai dan menaiki bukit untuk disemadikan. 



Menurut beliau (dalam balasan salah satu tweet), kejadian ini berlaku di kawasan pedalaman Ranau, Kg Manikualu Gusi. 


Kawasan pedalaman ini biasanya diduduki oleh suku kaum Dusun Tinagas dan suku Dusun Talantang. Tambah beliau lagi, di kawasan pedalaman jarang ada Kadazan kerana kebanyakan suku kaum Kadazan tinggal di kawasan pinggir Bandar. 


Dalam video tersebut, beberapa orang frontliner berusaha membawa keranda berisi jenazah menggunakan bot kecil merentasi sungai. Kemudian, mengangkat keranda yang berisis jenazah menaiki sebuah bukit.

Dalam video tersebut, kelihatan para frontliner yang kepenatan dan hampir terjatuh ketika membawa jenazah menaiki bukit.

Bayangkan setiap kali ada kematian, jenazah perlu diangkat merentasi sungai dan bukit 😭.


Perkara ini menimbulkan tanda tanya dan kemarahan orang ramai yang melihat video tersebut. Ramai yang turut mempersoalkan dimanakah pemimpin kawasan tersebut yang tidak cakna dengan kesusahan rakyat. 

Daripada sungai ke bukit untuk menghantar jenazah ke persemadian terakhir. Pengendalian jenazah oleh team Kawalan Pej. Kesihatan Daerah Ranau dengan kerjasama APM Ranau, di Kg Manikualu Gusi.

Semoga perkara ini mendapat perhatian oleh pihak berwajib. Hal ini tidak seharusnya berlaku dan amat membahayakan nyawa pelbagai pihak. 

Ayuh warga Sabah, sebarkan kisah ini!

Sumber: 
1. https://twitter.com/PiaPinah_MH/status/1444301602517438475
2. Tiktok @fyzajoe111

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *