Pulau Sipadan Sabah | Destinasi Skuba Terbaik Dunia?


Tahukah anda, Pulau Sipadan merupakan antara pulau yang tercantik di dunia!

Pulau ini  terletak 36 kilometer di selatan pelabuhan Malaysia dari Semporna di Laut Sulawesi dan mempunyai topografi bawah laut lebih kurang seluas 40 ekar. Selain itu, Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. 

Disebabkan itu, aktiviti bawah laut adalah antara aktiviti paling menarik yang anda boleh lakukan disini! Keindahan bawah laut ialah keindahan yang sukar digambarkan dan cukup mengujakan.


Destinasi Skuba Terbaik Dunia?

Pulau Sipadan sebenarnya adalah merupakan antara destinasi skuba terbaik di dunia. Dengan keindahan dasar laut yang diserikan dengan pelbagai spesis ikan, terumbu karang, penyu dan macam-macam ciptaan Tuhan, ia sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. 

Untuk pengetahuan anda, demi menjaga kebersihan dan mengekalkan keindahan semulajadi di Pulau Sipadan ini, hanya 120 orang penyelam sahaja dibenarkan dalam sehari.**

Malah, pengunjung harus beredar dari Pulau Sipadan pada pukul 6 petang atau lebih awal. Peraturan ini diadakan bagi mengelakkan sebarang kerosakan dilakukan terhadap kebersihan pulau dan keselamatan hidupan marin.

Walaubagaimanapun, tidak semua tempat sesuai untuk para penyelam skuba meneroka alam dasar laut.

Antara kawasan yang menjadi ‘hot spot’ bagi penyelam skuba adalah; Barracua Point, Turtle Cavern (Gua Penyu), Coral Garden, Drop Off yang berdekatan jeti utama Pulau Sipadan, Taman-Taman Tergantung (Hanging Garden) dan Mid Reef.

Tempat Persinggahan Penyu-Penyu 

Selain itu, Pulau Sipadan Sabah juga dikenali sebagai persinggahan bagi penyu-penyu belimbing dan sisik untuk bertelur. Bagi anda yang berminat untuk melihat secara depan mata sendiri bagaimana kitaran hidup sang penyu, Pulau Sipadan adalah pilihan percutian yang terbaik. 

Singgah Sekali ke Pulau-Pulau Lain

Selain itu, tidak lengkaplah percutian anda sekiranya anda hanya merancang untuk ke Pulau Sipadan sedangkan anda juga boleh singgah menikmati keindahan alam di Pulau Mabul, Pulau Kapalai, dan Pulau Mata King.

Terdapat pelbagai aktiviti menyelam yang anda boleh lakukan di Pulau Sipadan dan apa yang menarik,  anda boleh menjangkakan melihat jerung setiap hari! 

Hal ini kerana, pulau ini adalah salah satu benteng terakhir bagi kehidupan liar Jerung Kepala Tukul (Hammerhead Sharks).

Selain itu,beratus-ratus spesis batu karang yang tumbuh di atas kon gunung berapi pupus yang membentuk Sipadan adalah rumah kepada lebih daripada 3000 spesies ikan termasuklah spesis pelagik yang lebih besar iaitu jerung terumbu muncung putih dan jerung terumbu kelabu.


Bahagian barat Sipadan adalah terletaknya drop-off paling besar. Selaman hanyut di sini biasanya dilakukan pada sebelah petang, ketika matahari menerangi dinding laut, dengan arus yang membawa anda ke arah South Point.

Pada hari-hari yang baik, jarak pengelihatan mencapai 40 meter dan anda mungkin boleh melihat beberapa ekor Martil di dataran kira-kira 60 meter ke bawah, dan juga jerung terumbu kelabu.

Ada banyaaaaaaaak lagi aktivti yang anda boleh lakukan disini. Sekiranya berpeluang, jangan ragu-ragu untuk ke sini!

____

Sumber: https://www.melancong.com.my/pulau-sipadan-malaysia/ 

PS: Maklumat adalah berdasarkan tarikh 12/11/2021. Sebarang perubahan ada kemungkinan untuk berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *