Lebih kurang tiga tahun sudah kan kita hidup dalam norma baharu akibat kehadiran COVID 19 ini. Macam-macam perubahan yang kita alami dari segi SOP, cara hidup dan lebih lebih lagi sekiranya kita pernah terjangkiti wabak ini.
Oleh itu, sekiranya anda pernah dijangkiti wabak ini, sila pastikan anda mengetahui sindrom COVID berpanjangan atau Long COVID Syndrome bagi memastikan tahap kesihatan anda.
Long COVID Syndrome
Tahukah anda, bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu/lebih selepas sembuh.
Antara sindrom yang mungkin anda hadapi dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti maklumat di bawah.
Gejala yang kerap dialami:
- Kelesuan
- Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti
- Sukar tidur malam
- Batuk
- Kegelisahan
Pernafasan: Kesukaran bernafas, batuk
Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan di atas dalam tempoh yang agak lama (lebih 12 minggu dan keatas), sila pastikan anda pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat.
Akhir kata, terus patuhi SOP dan jaga diri!