WARISAN, GRS Bakal Beri Saingan Sengit Kepada PH Di Kerusi P190 Tawau

Pertembungan 6 penjuru dapat dilihat kali ini di kerusi P190 Tawau. Penyandang bagi Parlimen Tawau sebelum ini iaitu Datuk Christina Liew kekal menjadi calon bagi Pakatan Harapan untuk PRU-15 kali ini. Manakala muka-muka baharu ditampilkan oleh parti lain seperti Warisan yang menampilkan KC Chen, GRS yang menampilkan Lo Su Fui serta Parti Pejuang iaitu Herman Amdas. Manakala dua calon lagi adalah daripada Parti Bebas iaitu Salleh Bacho yang menggunakan Logo Kapal Terbang dan Dato Chin yang menggunakan Logo Pokok.

Kerusi P190 Tawau kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit antara 3 nama yang disebut-sebut iaitu Christina Liew, KC Chen dan Lo Su Fui. Masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Christina Liew merupakan calon veteren wanita pada PRU-15 kali ini dan penyandang Ahli Parlimen P190 Tawau. Dengan berbekalkan semangat berjuang bersama Pakatan Harapan untuk menjadikan Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau terus menggagahkan diri bertanding para PRU kali ini.

Berbeza dengan calon daripada Parti Warisan iaitu KC Chen, calon muda dan baharu dalam dunia politik. Merupakan seorang peguam yang menceburkan diri dalam dunia politik dan menyertai Parti Warisan Sabah. Memulakan karier politik pada umur 28 tahun dan terus diangkat sebagai calon bagi Parti Warisan untuk PRU kali ini. Kepetahan berbicara dalam Bahasa Melayu dan membawa suara anak muda menjadi satu kelebihan buat beliau bagi mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada anak muda.

Lo Su Fui, merupakan calon daripada Blok Gabungan Rakyat Sabah (BN) dalam pilihanraya kali ini. “Bagi 5 Tahun Untuk Kita Bangunkan Tawau’ adalah slogan yang dipegang oleh calon ini bagi menghadapi PRU-15. Dengan slogan yang dibawa, beliau berharap dapat membangunkan Tawau dan meningkatkan sosio-ekonomi bagi daerah ini sekiranya diberikan mandat oleh rakyat Tawau.

19 November 2022 bakal menyaksikan siapakah yang bakal menjadi Ahli Parlimen Tawau untuk tempoh masa 5 tahun akan datang. Diharapkan semua pengundi menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan turun mengundi dan memilih pemimpin yang selayaknya. Selamat mengundi !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *