Tempoh berkempen akan tiba dipenghujungnya tidak lama lagi. Kesemua calon yang bertanding, bertungkus lumus untuk memastikan kempen digerakkan secara besar-besaran samada melalui media sosial ataupun fizikal iaitu bertemu bersama masyarakat dan mengadakan ceramah. Seperti yang sedia maklum, Parlimen P191 Kalabakan bakal menghadapi saingan 5 penjuru iaitu daripada Parti Barisan Nasional, Warisan, Pejuang, Parti Pakatan Harapan dan Calon Bebas.
Mamun Sulaiman selaku penyandang kepada kerus Parlimen Kalabakan meneruskan perjuangan untuk mempertahankan kerusi beliau. Manakala, calon daripada Barisan Nasional pula iaitu Andi Suryady, nama yang sedang meningkat naik selaku penyandang kerusi Dun Tanjung Batu dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Tiga lagi calon adalah daripada Parti Pejuang iaitu Nur Aini Rahman, seterusnya daripada Pakatan Harapan, Noraini Abd Ghapur dan seorang lagi daripada Parti Bebas iaitu M. Dhiauddi. Kesemua calon melalui bertanding untuk kerusi Parlimen Kalabakan kali ini. Daripada kesemua calon, dua antara mereka adalah yang menjadi bualan masyarakat yang akan bersaing sengit iaitu Andi Suryady dan Mamun Sulaiman.
Masing-masing calon mempunyai kelebihan masing-masing. Namun, calon yang berjaya untuk mendapat kepercayaan daripada masyarakat dan mengundi mereka akan memperoleh kemenangan. Kalabakan merupakan sebuah kawasan yang masih memerlukan banyak pembangunan dari segi infrastruktur terutama sekali jalan raya. Calon manakah yang mampu untuk merealisasikan impian penduduk Kalabakan untuk mendapatkan infrastruktur yang baik?Pilihan undian di tangan anda.
Jom turun mengundi pada 19 November 2022. Ajak saudara mara, kawan-kawan dan sahabat andai untuk turun mengundi menjalankan tanggungjawab kepada negara.