Seorang lelaki, 41 tahun maut terkena renjatan elektrik semasa melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Bunga Raya, pada ahad 30 Januari 2022.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Julius John Stephen Jr, mangsa dikenali sebagai Foh Soon Kong merupakan salah seorang kontraktor Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB).
Katanya, mangsa berjaya diturunkan menggunakan tangga setelah kerja-kerja memutuskan bekalan elektrik dijalankan oleh pihak SESB.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataanya kepada pemberita.
Menurut beliau, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian sejauh 6-kilometer selepas mendapat panggilan telefon melalui talian MERS999 kira-kira pukul 10.32-pagi.