Dalam masa dua minggu lagi kita akan menyambut malam tahun baru 2023. Pastinya antara aktiviti yang mendapat sambutan setiap kali malam tahun baru ialah aktiviti bakar-bakar ayam bersama dengan keluarga tercinta. Kalau yang single tu macam biasalah jadi tukang bakar sayap ayam sak sebab ndakda ayang kan. Hahahaha. Ndak bah. Oklah kali ni min mahu kongsi dengan anda semua cara mudah untuk masak dan bakar resipi ayam madu pasar malam. Bahan-bahan dan cara-caranya mudah sak gais.
Jadi min kongsi dengan kamu bahan dan cara untuk masak ayam madu pasar malam ini.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
√ Serbuk cili babas
√ Garam
√ Gula/madu
√ Ajinamoto (jika suka)
Cara-Cara Masak Ayam Madu Pasar Malam
1. Kacau semua bahan sehingga menjadi pes. Jangan lupa untuk letakkan air.
2. Yang penting, kuantiti bahan agak-agak sahaja mengikut kuantiti ayam.
3. Kemudian lumurkan pes pada ayam dan perap selama 5 hingga 6 jam. Lagi lama lagi sedap.
4. Seterusnya, bakar separa masak, kemudian celupkan semula dalam perapan tadi dan sambung bakar sehingga masak. Supaya ayam akan kelihatan berkilat dan tak kering.
Akhir sekali, ayam madu pasar malam boleh dihidangkan bersama dengan sambal kicap (mengikut resepi sendiri) dan nasi putih untuk santapan bersama dengan keluarga tercinta. Selamat mencuba gais.
Kredit resepi : Nurul Alieya