Seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah motosikal di Kampung Tanah Merah, Merotai Besar berjaya ditahan pihak polis Tawau.
Suspek Warga Tempatan
Suspek warga tempatan berumur 17 tahun itu ditahan kurang 24 jam setelah pemilik motosikal membuat laporan polis mengenai kehilangan motosikalnya pada pada hari yang sama.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, suspek ditahan oleh anggota Balai Polis Bombalai ketika menjalankan ronda cegah jenayah di kawasan Merotai Besar kira-kira jam 8.45 malam, tidak jauh dari lokasi motosikal yang dilaporkan dicuri.
Ujarnya, dalam tangkapan tersebut, polis turut menemui semula motosikal yang dicuri dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Baca juga: Tangkapan Dadah Di Tawau
“ Sebelum itu, pihak Polis telah menerima laporan mengatakan motosikal milik pengadu yang diletakkan di bawah rumah telah hilang dipercayai dicuri,” katanya.
Jelasnya, Polis Tawau giat aktif menjalankan operasi yang berkonsepkan agresif policing dalam usaha menangani kes jenayah dan dadah di daerah ini.
Sumber: Fb Polis Daerah Tawau