Allah swt berfirman mafhumnya, “Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu dan sesungguhnya Allah itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Ali-Imran : 31).
Dalam kehidupan ini, kita harus mempunyai matlamat untuk mencari keredhaan Allah Ta’ala. Untuk mencapai redha Allah, kita perlu menuruti segala yang telah Allah perintahkan ke atas kita. Tinggalkan segala larangan-Nya dan elakkan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah swt.
Apabila kita sudah berusaha untuk memenuhi segala kehendak Allah, bagaiamana pula untuk tahu bahawa Allah redha kepada kita? Berikut merupakan tanda-tanda Allah redha dengan kita;
1. Allah akan permudahkan urusan kita untuk melakukan kebaikan.
2. Kita akan berasa mudah dan ringan untuk melakukan kebaikkan.
3. Apabila membuat dosa, kita akan terasa pahit dan menyesakkan jiwa.
4. Terasa ingin cepat bertaubat apabila melakukan dosa.
5. Sentiasa merasai kebaikan Allah swt di mana-mana sahaja.
6. Hidup kita akan rasa diberkati.
Kesimpulannya, marilah kita cuba memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Caranya adalah dengan memperbaiki kualiti ibadah wajib dan sunat kita seperti solat, kualiti hubungan dengan orang sekeliling, tanggungjawab yang ada dan sebagainya. Mulakan lah dengan perbaiki niat kerana sesungguhnya jika mempunyai sedikit kebaikan dalam hati, maka Allah akan memberikan balasan yang lebih baik. Apa lagi yang lebih berharga dan lebih penting dari mendapat cinta dari Allah swt pencipta kepada sekalian makhluk. Jika sudah mendapat redha Allah, maka Insha Allah akan berbahagialah hidup di dunia dan juga di akhirat.
Sumber : Youtube Channel Bro Jep TV