Keistimewaan Ayam Bakar Pasu Tawau, Wajib Cuba!


Hai whattsup gais, kembali lagi kita dalam rancangan makan makanan Tawau. Gitu. Memandangkan ndak lama lagi gajikan, min mahu sharelah kepada anda kedai makanan baru yang boleh anda pegi. Apa lagi jangan lupa ajak bestie2 mu pegi kedai makan ni ya.

Keistimewaan Ayam Bakar Pasu Tawau

Selalu kita dengar dan tengok di facebookkan ayam bakar pasu ni selalu ada di semenanjung sakkan. Rupa-rupanya Ayam Bakar Pasu ni ada juga di Tawau. Menurut satu perkongsian yang dikongsikan di facebook Zack Zenn yang mendapat 321 perkongsian, lokasi Ayam Bakar Pasu Tawau ini terletak di Kampung Rawa-Rawa sebelum bulatan 4. Lokasinya betul2 terletak dekat Restoran Asam Pedas.

Menurutnya lagi, rasanya sangat sedap sampai menambah-nambah bah dan sambalnya pun cun-cun sedap. Paling best lagi ayam bakar ni best sebab bagus untuk kesihatan kerana kurang minyak. 


Waktu Operasi

Mereka buka setiap hari selasa sehingga ahad bermula jam 4 petang sehingga 10 malam.

Sejarah Penubuhan Kedai

Menurut pemilik kedai, yang dikenali sebagai Mohd Khuzaini atau nama panggilan mesranya Awang, beliau menjelaskan idea asal kedai ini bersumberkan daripada Youtube. Kedai ini mula beroperasi dari bulan 4 iaitu bulan puasa tahun ini. 
Mantap bah, bermula dengan menonton video di youtube, akhirnya mempunyai kedai Ayam Bakar Pasu Tawau sendiri di Tawau. Betul-betul memberikan inspirasi untuk warga Tawau yang ingin menceburi bidang perniagaan.  

Menu Ayam Bakar Pasu 

Setakat ni cuma ada set nasi ayam bakar pasu (paha)  dengan harga rm10 dan ayam seekor (ayam bulat) dengan harga Rm30.

Di kedai ini juga, ada jual pisang goreng kuah kacang, lekor, sambal tempe dan kuih2 melayu untuk santapan para pelanggan. 

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari facebook page mereka Ayam Bakar Pasu Tawau

Atau hubungi owner di talian 0108207127-Awang.

Apa lagi gais, yang mana belum coba dan mahu rasa kelainan makan makanan Tawau, ayam bakar pasu Tawau ni antara makanan baru Tawau yang wajib anda cuba! Jangan lupa untuk bawa keluarga dan kawan2 kamu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *