Anda mempunyai saman? Ingin membayar saman yang tertunggak sehingga diskaun saman 50%? Inilah peluangnya untuk anda membayar saman-saman anda yang tertunggak.
Tarikh Tawaran Pengurangan Saman 50%
Tawaran diskaun saman trafik sehingga 50% bersempena dengan Perasmian Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah akan diadakan selama 2 hari pada 28 Februari 2023 hingga 01 Mac 2023 di seluruh Kaunter Saman Trafik Kontinjen Sabah.
Masa Pembayaran
Masa pembayaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang
Lokasi Tempat
Anda boleh untuk membayar saman anda di IPK Sabah dan seluruh IPD Sabah.
Ayuh! Rebut peluang untuk mendapat tawaran diskaun saman anda.