Pertama kali dalam sejarah 9 Perdana Menteri Malaysia, Bossku atau Najib Razak ke Penjara Kajang. Dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia, bermula dari Tuanku Abdul Rahman hinggalah terkini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, nama bekas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi sebutan ramai.
Terkenal dengan gelaran Bossku, hari ini ia mencatat sejarah peribadi dalam sejarah senarai Perdana Menteri Malaysia apabila Datuk Seri Najib yang juga Perdana Menteri ke-6 didapati bersalah menyeleweng kes dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya.
Jika ada pun sebelum ini adalah melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi pertuduhan liwat ke atasnya dan turut dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini .
Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.