Menu Kreatif Martabak Jadi Pilihan Warga Tawau

Bagi mereka yang inginkan kelainan untuk menjamah makanan petang atau malam, @Miss Martabucks menyediakan menu yang istimewa untuk kamu. Menu yang disajikan Martabak Manis, Martabak Asin dan Batagar. Apa yang specialnya??Haa kena bacalah sampai habis. Lokasi di 1Homeware, kedai paling hujung bersebelahan dengan Yum-Yum Padu. 


Disini terdapat pelbagai jenis menu Martabak Manis ataupun di Tawau kita selalu panggil Terang Bulan. Disini, Terang Bulannya disediakan dengan pelbagai topping untuk menambah kemeriahan rasa dilidah anda. Topping yang tersedia termasuklah Cheese, Oreo, Choco, Nutella, Peanut Blend, Sweet Corn dan pelbagai lagi. Tapi jangan risau, kalau kamu mau rasa semua, boleh try ambil set Mix Topping, nahh betul2 berbaloi, semua topping kamu dapat rasa. Dan menu terbaru dorang untuk martabak manis ni martabak manis versi onde-onde. Yang ni betul2 sedap guys. Sebab rasa onde-onde tu betul2 ngam di tekak, tidak terlalu manis sesuai untuk semua golongan untuk try menu ni. 


Dan selain daripada Martabak Manis, dorang ada jugak menyediakan menu Martabak Asin ataupun lebih dikenali sebagai Martabak Jawa. Tapi disini, Martabak Jawanya dihidangkan dengan topping2 yang menarik seperti ayam, daging, tuna beserta dengan Cheezy Cheedar, Mozarela dan Sambal Setan, ni sambal memang pedas gila. Tapi jangan risau, kepedasannya ada beberapa peringkat. So boleh rasa ikut kemampuan. Untuk peminat Cheese, boleh try Martabak Asin Cheezy Cheedar memang macam pizza, siap boleh tarik2 cheese tu. Dan menu terbaru diorang adalah Martabak Asin Hawaiian, ni martabak ala2 pizza. Kena try.


BATAGAR turut dijual disini iaitu gabungan bakso tauhu garing, tauhu sumbat, tempe, tauhu pop dan tauhu biasa. Boleh dimakan bersama dengan limpahan Cheese Sauce ataupun Sambal setan. Mereka jugak menyediakan minuman ABC, so sambil makan boleh minum2. So jangan lupa untuk singgah dan cuba sendiri kenikmatan yang terdapat pada Miss Martabucks, confirm mau lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *