Kewujudan makhluk halus termasuk dalam perkara ghaib dan tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Gangguan yang disebabkan oleh makhluk halus juga sering menyebabkan perkara aneh yang tidak tercapai di akal fikiran berlaku.
Gangguan makhluk halus sememangnya agak sukar untuk dibuktikan namun dengan mengenali tanda-tanda gangguan di dalam rumah, serta tempat yang sering ‘didiami’ makhluk halus adalah salah satu inisiatif agar anda dapat mengenal pasti tindakan yang perlu diambil seterusnya.
Penafian: Sebarang kandungan di dalam artikel ini adalah untuk perkongsian semata-mata dan bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Sila rujuk pihak yang lebih arif sekiranya terdapat percanggahan maklumat.
Tanda – Tanda Gangguan Makhluk Halus
- Terdapat lebam pada tubuh badan apabila bangun dari tidur
- Rasa sentiasa diperhati apabila berada di rumah
- Terdengar bunyi pelik
- Tercium bau yang terlampau busuk dan terlampau wangi tanpa sebarang punca
- Bunyi dan suara seperti orang sedang menangis dan mengilai
- Sering mengalami gangguan tidur
- Mimpi buruk dan aneh
- Sakit tubuh badan apabila berada dirumah
- Rasa seram sejuk atau panas ketika dirumah
- Hilang barang atau duit
- Bayi sentiasa meragam apabila di rumah
- Ternampak kelibat bayang bayang di sekitar rumah
- Objek bergerak sendiri
Sekiranya anda mengalami antara tanda-tanda di atas, perbanyakkan ibadah dan mohon perlindungan daripada Tuhan dari segala kemudaratan serta minta bantuan ustaz yang pakar sekiranya perlu.