Tempat Baru Untuk Membeli Barangan Asas, MK Mart Megah 9 Bakal Dilancarkan Ahad Ini

Untuk mereka yang tinggal disekitar Jalan Apas, Sin Onn, Kabota Square, Taman Megah Jaya dan kawasan-kawasan disekitarnya,  kamu boleh singgah di MK Mart Megah 9 untuk membeli barangan dapur dan barangan-barangan lain disini sekaligus menjimatkan masa untuk kamu yang ingin berbelanja dikawasan sini. Lokasi sebaris dengan Klinik Permai. Tempatnya ni betul-betul disiring jalan, kalau limpas sana mesti nampak signboard MK Mart. 

Signboard MK Mart dibahagian luar

Laluan ke MK Mart Megah 9


Terdapat pelbagai pilihan barangan yang anda boleh dapati disini, terutamanya makanan-makanan segar seperti sayuran segar, buah-buahan segar dan makanan-makanan sejuk beku ikan, daging, ayam dan lain-lain. Kalau min yang sangat sukakan daging-daging mentah untuk dibuat BBQ, disini ada pelbagai jenis daging yang boleh dipilih, yang dari Australia pun ada jugak. Bolehlah try sekali sekala. 


Selain daripada tu, buat peminat-peminat makanan Korea, disini salah satu lubuknya untuk kamu dapatkan stok. Ada Samyang, perencah BBQ Korea, Biskut, Coklat dan pelbagai lagi barangan-barangan daripada Korea. Tinggal kamu pilih ja mana kamu mau. Yang penting jangan lupa bayar ya. Hehe. 

Dan kepada semua warga Tawau, hari Ahad ini bertarikh 19 Disember 2021 akan berlangsung Majlis Pelancaran untuk MK Mart Megah 9. So boleh datang ramai-ramai berbelanja disini. Jangan risau, disini tempat berbelanjanya sangat kondusif dan tempat parking pun banyak. So tak perlu fikir panjang, jom datang Ahad nanti.

Jumpa disana ! 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *