1O Jenis Makanan Tradisi Masyarat Bugis Yang Popular Di Tawau


 
“Ugik ka kau? Ndak kau tau makanan tradisinya? Hmmm lemah!” πŸ˜†πŸ˜‚

Komuniti Bugis di Sabah kebanyakkanya tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu. 

Masyarakat Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia. Mengikut Sejarah Melayu, sebahagian kaum Bugis ini dipercayai merantau daripada daerah kawasan Sulawesi menuju ke Jawa, Sumatera, Kalimantan dan termasuklah Malaysia iaitu pada kurun ke – 17 setelah berlakunya penaklukan Belanda.  

Masyarakat Bugis cukup dikenali dengan pelbagai adat dan tradisi termasuklah jenis-jenis makanannya yang unik dan menarik dari segi rasa serta cara pembuatannya. 

Berikut ialah antara jenis makanan tradisi Bugis yang popular di Tawau. Mari teruskan membaca. 



Makanan Tradisi Masyarat Bugis Yang Popular Di Tawau 

1. BURASAK

Burasak atau juga dikenali dengan nama buras adalah merupakan antara hidangan tradisi masyarakat Bugis terutamanya pada waktu perayaan seperti Hari Raya. 

Burasak/Buras: Nasi yang dikukus bersama santan, dibalut dengan daun pisang, dan diikat menggunakan tali. Cara lipatan daun pisang mestilah betul agar tidak terbuka/isi terkeluar ketika dikukus kelak. Biasanya ia disajikan bersama ayam masak merah, ayam masak likku, dan sebagainya.

2. BAROBOK/BEROBOK 

Menggunakan jagung sebagai bahan utamanya, barobok/berobok adalah antara makanan tradisi masyarakat Bugis yang popular di Tawau sebagai hidangan harian. 

Barobok/Berobok: Bubur jagung (beras dimasak bersama jagung) dan dimeriahkan dengan sayur dan ayam/udang. Kemudian, di tabur dengan bawang goreng dan sedikit perahan limau. 

Sesuai dimakan pada bila-bila waktu (makan tengah hari/malam) terutamanya  musim hujan. Fuh, memang nikmat!

3. SANGGAR PAPPEK

Walaupun sekarang sanggar cheese yang popular, sanggar pappek tetap jadi pujaan hati. 

Sanggar pappek: Pisang goreng yang diketuk/penyekkan dan digoreng sekali lagi. Dimakan bersama sambal belacan/tomato yang pedas meletup dan bikin ketagih! Ia merupakan antara hidangan pencuci mulut yang ringkas dan sesuai dimakan semasa minum petang .

Sanggar membawa maksud pisang manakala pappek pula adalah penyek atau lenyek atau ketuk. 

4. PISANG TELEMEK

Pisang telemek atau juga dikenali dengan nama Sanggar Belanda merupakan hidangan suku kaum Bugis – Makassar yang berasal dari wilayah Sulawesi selatan.

Pisang Telemek: Pisang diisi tengahnya dengan kacang yang telah dicincang halus dan disangai bersama gula dan marjerin/keju. Pisang yang digunakan biasanya adalah pisang raja yang masak. 

Kebiasaannya, ia disajikan semasa majlis – majlis keramaian serta yang berkaitan adat khas Bugis – Makassar seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.

5. AYAM MASAK LIKKU/LENGKUAS

Ayam masak likku adalah antara menu wajib masyarakat Bugis. Ia biasanya dimakan bersama burasak. 

Ayam masak likku: Menggunakan lengkuas sebagai bahan utama, atau likku dalam bahasa Bugis. Kalau orang dulu-dulu selalunya menggunakan ayam kampung, tetapi seiring peredaran zaman, ayam likku dimasak mengikut kesesuaian. 



6. TUMBU’

Selain burasak, tumbu’ merupakan adalah hidangan tradisi masyarakat Bugis yang popular pada musim perayaan terutamanya. 

Tumbu’: Dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan. Menggunakan alat spesifik dalam pembuatannya dan berbentuk silinder. Dibungkus menggunakan daun pisang. 

Ada yang cakap, tumbu pulut hitam lagi sedap dari pulut putih. Betulkah?

7. SEKAPORO

Sekaporo adalah merupakan  sejenis kuih. Ia seakan kuih talam namun memiliki rasa yang berbeza. 

Sekaporo: Kuih ini dihasilkan menggunakan agar-agar, tepung beras, gulam santan, telur dan pewarna kuning & hijau. Ia kelihatan seperti puding dan agak mudah dibuat. 

8. BARONGKO

Barongko merupakan kuih tradisional suku kaum Bugis yang dibungkus menggunakan daun pisang. Biasanya ia disajikan sebagai pencuci mulut dan dijual pada bulan ramadhan terutamanya. 

Barongko: Pisang yang telah masak ranum dikisar halus dan dicampurkan dengan gula, telur serta santan. Ia kemudiannya dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga masak.

Biasanya diletak di dalam peti sejuk sebelum dimakan/dihidangkan. 

9. PISANG IJO

Hidangan pencuci muka ini juga antara makanan tradisi masyarakat Bugis di Sabah yang popular. 

Pisang ijo: Menggunakan pisang raja, pisang raja atau pisang kepok sebagai bahan utama. Pisang tersebut disaluti dengan adunan tepung yang telah dicampurkan dengan santan serta air pandan sebagai pewarna hijau asli dan aroma yang lebih wangi.

Biasanya disajikan bersama kuah bersantan atau bubur sum – sum, disirami dengan sirap merah, susu dan ditambah lagi dengan ketulan ais mengikut citarasa masing-masing. 

10. CUCURU TE’NE

Cucuru te’ne sebenarnya merupakan kuih khas kabupaten Enrekang, nama aslinya yaitu Deppa Te’tekan.

Cucuru Te’ne: Menggunakan bahan utama yang terdiri daripada tepung beras dan juga gula. Ia mempunyai rasa lemak serta manis gula merah. Bentuk kuih ini sedikit lonjong dengan hujungnya sedikit tajam menjadikan ia kelihatan agak unik.


Sumber:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *