Berhati-Hati Yang Bercadang Untuk Ke Sungai. Ini Tanda “Kepala Air” Yang Perlu Kamu Tahu.

Dengan keadaan di Tawau sekarang yang selalu hujan, mohon kepada semua Warga Tawau senantiasa berwaspada dengan fenomena “Kepala Air” yang sering datang tanpa diundang. Fenomena ini bukan sahaja datang pada musim hujan, tetapi pada bila-bila masa tanpa amaran. Ini cara untuk mengesan “kepala air” yang perlu kita ketahui. 

Aliran air sungai menjadi sangat deras

(gambar sekadar hiasan)

Akibat daripada aliran sungai yang sangat deras, air kemudiannya akan bertukar menjadi sangat keruh. Hal ini kerana, apabila hujan di hulu sungai iaitu puncak bukit berlaku, air akan meningkat serta berbuih dengan jumlah yang banyak di permukaan.

Secara tak langsung air sungai yang jernih akan bertukar menjadi kekuningan dan kehitaman akibat daripada pergolakan keladak dan mendapan di dalam sungai.

Deru angin juga akan berubah dengan laju dan bunyi lebih kuat daripada biasa. Disebabkan ini sesetengah orang tua melarang kita membuat bising dan bersuka ria ketika berada di dalam hutan, ini supaya kita menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling dan perubahan alam secara tiba-tiba.

Tanda-tanda yang dapat dikesan dengan lebih awal adalah, warna air sungai yang menjadi keruh ini juga datang bersama dengan daun-daun kering, ranting dan dahan pokok serta sampah sarap.

Jadi, jika sedang mandi dan secara tiba-tiba terdapat banyak daun kering serta sampah, cepat-cepatlah beredar daripada kawasan terbabit.

Air bertukar menjadi keruh

Elakkan pergi ke sungai ketika musim hujan

(gambar sekadar hiasan)

Sering kali orang tua kita berpesan supaya elakkan pergi ke sungai dan air terjun ketika musim hujan atau selepas hujan, hal ini kerana kepala air mudah berlaku di kawasan-kawasan seperti itu.

Punca kepala air berlaku kebanyakannya daripada hujan lebat di hulu sungai iaitu di puncak bukit, jadi akibat daripada itu akar pokok yang terdapat disekitar itu tidak dapat memainkan peranan dengan menahan air untuk diserap kedalam tanah maka ianya terus melimpah dan masuk kesungai dengan kadar yang banyak dan laju.

Jadi sebelum mandi di kawasan air terjun mahupun sungai, seeloknya lihat dulu ramalan cuaca minggu itu ataupun 2 hari sebelum bercadang untuk bermandi manda di tempat tersebut.

Selain itu, jika sudah sampai di kawasan tersebut, lihatlah pergerakan awan di hulu sungai atau lembah pergunungan, jika ianya kelihatan mendung seperti hendak hujan maka buatlah penilaian dengan segera sama ada hendak mandi atau pulang.

Sumber :
1.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/02/122289/orang-ramai-perlu-didedahkan-fenomena-kepala-pusaran-air
2. 
https://www.malaysiakini.com/news/593407
3.
https://ohbulan.com/plan-nak-mandi-sungai-ketahui-tips-bagaimana-mengesan-kepala-air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *