Penipuan Tempahan Kek : Penjual Kek Rugi Ratusan Ringgit

Tular di media sosial tentang penipuan tempahan kek. Tempahan kek yang dibuat kepada peniaga kecil yang menjalankan perniagaan secara dalam talian. Salah seorang mangsa penipuan ini ialah pengguna akaun Facebook Sarinah Aleesya, seorang penjual kek yang menerima tempahan cheese kek 36 bungkus daripada seorang pembeli yang dikenali dengan nama Azwa.

 

Sarinah Aleesya menjelaskan rentetan kejadian di laman facebooknya, pembeli tersebut menghubungi beliau melalui WhatsApp dan meminta tempahan cheese kek sebanyak 36 bungkus. 

Setelah disiapkan, pembeli meminta untuk pembelian dihantar ke satu alamat, untuk bertemu dan membuat pembayaran. Namun, setelah penjual hadir ke lokasi yang ditetapkan, pembeli tidak kunjung tiba dengan memberikan pelbagai alasan. Kejadian ini menyebabkan penjual kek tersebut telah kerugian ratusan ringgit. 

Di satu kejadian yang lain, melalui akaun Facebook Ieyzah Hans Fariz, beliau turut dihubungi oleh pembeli, dikhuatiri pembeli adalah pembeli yang sama menghubungi Sarinah Aleesya. Bagi situasi Ieyzah, Pembeli itu enggan membuat pembayaran deposit dan memberi alasan bahawa dia akan membayar secara tunai semasa penghantaran.


Namun, Ieyzah bertindak bijak dengan tidak menerima tempahan yang diberikan. Jika tidak, beliau hampir mengalami kerugian yang dianggarkan kerugian melebihi RM1000 kerana kos bahan mentah, tenaga kerja dan masa yang terbuang.

Dari meja penulis, kami nasihatkan agar peniaga-peniaga lain supaya berhati-hati dengan penipuan tempahan dalam talian dan sentiasa meminta pembayaran deposit terlebih dahulu sebelum menerima sebarang tempahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *