Beberapa minggu yang lepas, Pasukan TawauKini telah berkesempatan untuk menghadiri satu mesyuarat pertemuan bersama salah satu media cetak & digital terbesar di Malaysia iaitu, Sinar Harian dibawah kendalian Karangkraf.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memperkenalkan TawauKini kepada pihak Sinar Harian bagi mencari ruang kolabrasi dan mengorak langkah lebih jauh bersama pada masa hadapan.
Selain itu, pihak Tawau Kini dan Sinar Harian juga berkesempatan untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi beberapa perkara mengenai perkembangan serta strategi media kepada masyarakat .
Pasukan Tawaukini juga telah berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama Dato Hussamuddin yang merupakan Ketua Pengarah Urusan Karangkraf.
Pelbagai perkongsian serta nasihat berguna telah dikongsikan oleh Dato Husam kepada pasukan Tawaukini, antaranya adalah;
“Kita kena sentiasa menjadi media untuk rakyat”.
|
(Tawaukini merakam kenangan bersama dengan Dato Husam)
|
TawauKini merupakan salah satu medium penyampai maklumat kepada masyarakat lokal dan berusaha untuk terus memvariasikan konten yang disajikan kepada orang ramai.
Menjadi media untuk rakyat adalah salah satu objektif yang selari dengan tujuan penubuhan TawauKini untuk membantu masyarakat mendapatkan info serta maklumat yang betul dan terkini.
|
(Mesyuarat yang sedang dijalankan bersama dengan Dato Husam)
|
TawauKini juga dipelawa untuk turut serta dalam kempen membanteras gejala rasuah melalui sebuah program yang dikenali “Rasuah Busters”.
Rasuah Busters merupakan antara projek sosial yang sedang digerakkan oleh pasukan Sinar Harian dan diketuai oleh Dato Hussamuddin sebagai Ketua Pasukan Rasuah Buster. Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi/menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di Negara ini.
|
(Berkesempatan untuk membuat tinjauan di Bangunan Karangkraf)
|
Akhir kalam, pihak TawauKini amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Sinar Harian atas layanan mesra dan memberi peluang kepada TawauKini untuk mempelajari pelbagai perkara baru dalam dunia media khususnya.
Semoga pertemuan ini dapat membuka ruang kerjasama diantara dua pihak pada masa hadapan kelak.
Amin!
#TawauKinixSinarHarian
#RasuahBusters