Lelaki bogel di balkoni hotel ditahan pihak polis

Seorang lelaki bogel di balkoni sebuah bilik hotel di Semporna ditangkap oleh pihak Polis.

Tangkapan di Hotel Semporna

Polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna telah membuat tangkapan ke atas seorang pelancong warga asing berumur 40 tahun di sebuah hotel daerah Semporna.

Tanpa Berpakaian Keluar Ke Balkoni Hotel

Tambahan pula, tangkapan tersebut dilakukan ekoran daripada satu video berdurasi sembilan saat yang menunjukkan seorang lelaki tanpa berpakaian (bogel) keluar ke balkoni sebuah hotel yang menghadap jalan raya.

Tular Di Media Sosial

Aksi lelaki tersebut dirakam oleh orang awam yang melalui jalan berhadapan hotel tersebut sebelum video tersebar di laman media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada 6 Jun lalu, lebih kurang jam 8.00 pagi.

Kesalahan Berkelakuan Lucah Di Tempat Awam

Lelaki tersebut ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan hendaklah dhukum penjara selama tempoh boleh sampai tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Baca Lanjut: Lima batang pitik dijumpai dalam beg galas

Ditahan Reman

Suspek kemudiannya ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun prosedur jenayah selama empat hari sehingga 12 Jun 2023 untuk siasatan lanjut.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Inspektor Khadijah Mohd Seruji di talian 019-8718002 atau IPD Semporna di talian 089-781222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh itu, Pihak polis menasihati agar para pelancong supaya mematuhi undang-undang negara serta menghormati adat dan budaya masyarakat tempatan.

Sumber: Fb Semporna Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *