Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebanyak RM2,000

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bagi menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini. Bantuan ini adalah bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Penerima terdiri daripada mereka yang mempunyai purata pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan. Terdapat juga BANTUAN TAMBAHAN sebanyak RM500 lagi yang diperuntukan khas kepada ibu atau bapa tunggal yang berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 dan mempunyai tanggungan. 

Jumlah maksimum bantuan bagi setiap keluarga yang layak ialah RM2,500 mengikut syarat-syarat yang ditetapkan seperti yang diumukan oleh Tengku Zafrul dalam pembentangan Bajet 2022. 

Selain itu, isi rumah yang mempunyai warga emas juga turut akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM300.

Secara ringkasnya, isi keluarga berpendapatan kurang RM2,500 akan menerima BKM mengikut kategori berikut:

  • RM 2,000: Keluarga yang mempunyai lebih daripada 3 orang anak
  • RM 1,500: Keluarga yang mempunyai 2 atau 1 orang anak
  • RM 1,000: Keluarga yang tidak mempunyai anak

Bantuan tambahan BKM:

  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000: RM500
  • Warga emas: RM300

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *