Bekalan Ternakan Mencukupi Untuk Ibadah Korban

Bekalan ternakan mencukupi bagi ibadah korban tahun ini. Sempena Hari Raya Aidiladha 1444H yang bakal berkunjung tiba, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan lembu atau kerbau tempat bagi ibadah korban mencukupi dan memenuhi keperluan.

Bekalan Ternakan Mencukupi

Berdasarkan statistik DVS, daripada jumlah keseluruhan (39,857) kerbau atau lembu samada tempatan atau import, sebanyak 38, 404 ekor akan digunakan untuk ibadah korban pada hari raya kali ini. Manakala untuk kambing atau bebiri, bekalan tempatan dan import berjumlah 29,988 ekor dan 20, 420 daripada jumlah tersebut akan digunakan hari raya korban tahun ini.

bekalan ternakan mencukupi

Di Semenanjung, DVS telah mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelihan swasta bagi memberikan perkhidmatan penyembelihan dengan tujuan korban. Manakala, bagi Rumah Sembelih Ruminan milik DVS berjumlah 27 buah sentiasa bersiap sedia untuk beroperasi.

Baca Juga : Nasi Campur Tawau

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertarikh 26 Jun 2023, berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada perangkaan DVS, iaitu 39,857 ekor lembu/kerbau dan 29,988 ekor kambing/bebiri adalah dijangka mencukupi untuk menampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini.

Rujukan : Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *