Program yang berlangsung pada ahad lepas mengumpulkan seramai lebih kurang 30 orang ahli untuk bersama-sama menyaksikan filem “Mat Kilau” di 10 Star Cinema, Kabota. Turut hadir bersama ke program tersebut adalah Puan Lily Medriana Serigar, Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Tawau.
Menurut Puan Lily, program yang dilakukan oleh Puspanita ini amat bertepatan dalam usaha untuk meningkatkan semangat kemerdekaan kepada semua warga Tawau bagi semua peringkat umur.
Sejurus selepas berlangsungnya program menonton filem Mat Kilau, mereka bergerak ke Dee Cost Muhibbah untuk Majlis Makan Teguh bersama dengan tetamu kehormat iaitu Penasihat Puspanita Daerah Tawau iaitu Ybhg Joseph Pang dan Pengerusinya iaitu Ybhg Puan Paulina Gian Singh.
Semoga program sebegini dapat diteruskan oleh persatuan-persatuan lain di Tawau bagi sama-sama melahirkan semangat patriotisme didalam diri masyarakat. Dengan itu juga, kami di Tawaukini ingin mengajak kepada semua warga Tawau untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena dengan bulan kemerdekaan kali ini.