eBeliaRahmah sudah mula dikreditkan bermula semalam? Bagi anda yang belum menuntut, kami kongsikan kepada anda cara mudah untuk menuntut eBeliaRahmah ini.
Program eBeliaRahmah
Program ini merupakan inisiatit kerajaan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
Bertujuan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia.
Perkhidmatan e-dompet
Selain itu, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran.
Baca juga: Nasi Campur RM4.50
Tempoh Pendaftaran
Tempoh pendaftaran bagi eBeliaRahmah sudah bermula pada 26 Jun sehingga 22 Ogos 2023.
Kredit eBeliaRahmah serta manfaatnya boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.
Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005)
Pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT berdaftar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:
Penebusan kredit eBeliaRahmat boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Stor, Google Playstore atau Huawei AppGallery;
- Boost
- Setel
- Touch’N Go eWallet
Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet.
Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang sudah dimuat turun
Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari.
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Bila Dapat Kredit RM200?
Sekiranya anda layak dan sudah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.
Maklumat Lanjut
Jangan lupa untuk menuntut RM200 anda bermula hari ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari soalan lazim eBeliaRahmah