Fakta Tentang Anak Ketiga, Watak dan Karakter Mereka Yang Anda Perlu Tahu!
Walaupun dilahirkan oleh ibu yang sama, tetapi setiap anak pasti mempunyai watak dan karakter yang berbeza. Pada artikel kali ini, kita akan membahaskan tentang fakta anak ketiga yang anda perlu tahu.
Mari baca!
1. Suka Mencari Perhatian
Jika dibandingkan dengan anak pertama dan kedua, anak ketiga seringkali tampil berbeza. Selalunya anak ketiga cenderung melakukan hal-hal yang tak biasa, yang tidak pernah dilakukan anak pertama dan kedua. Sama ada dari segi positif ataupun negatif (nakal, dll). Ibubapa yang memiliki anak ketiga pasti akan mengakui hal ini.
Secara keseluruhan, keunikan atau “kenakalan” yang dilakukannya sebenarnya sekadar untuk mencari perhatian dari orang-orang di sekitarnya.
2. Penyendiri
Selain itu, anak ketiga juga selalu menyendiri dan menyisihkan diri, jarang-jarang satu kepala dengan adik beradik yang lain.
Dibandingkan anak-anak yang lain, anak ketiga juga agak pemalu. Mereka jarang-jarang berkongsi kesusahan atau masalah peribadi yang dihadapi dengan orang lain. Anak ketiga akan selalu berusaha untuk menyimpan rahasianya sendiri.
Namun begitu, anak ketiga juga riang orangnya sekiranya mereka berasa selesa dengan anda.
3. Disukai Banyak Orang
Ada beberapa karakter dari anak ketiga yang menyebabkan mereka disukai ramai, antaranya ialah peramah dan suka menyapa. Selain itu, anak ketiga juga ringan tulang dan sering membantu walaupun orang yang tidak dikenalinya.
Sikap mereka yang tidak berkira ini, amat disukai orang. Namun begitu, ia kadang-kadang boleh mengundang bahaya kepada mereka.
4. Agak Sensitif
Walaupun setiap orang mempunyai sisi sensitif masing-masing, anak ketiga adakalanya bersikap lebih sensitif. Sikap sensitif mereka ini seringkali menyebabkan mereka bersikap mudah marah ataupun mudah menangis.
Mereka juga lebih cenderung bersikap galau dan terbawa-bawa emosi. Apa yang menariknya, karakter mereka yang sensitif ini juga menyebabkan mereka mudah bersimpati dan peka terhadap orang sekeliling.
5. Berfikiran Sederhana
Anak ketiga juga sering berfikiran sederhana dan tidak suka merumitkan keadaan. Mereka suka menerima apa adanya dan just follow the flow. Ini menyebabkan mereka senang dibawa berbincang dan boleh menerima pendapat orang lain.
6. Tidak Suka Dibanding-bandingkan
Sekiranya anak ketiga anda kurang berprestasi jika dibandingkan dengan anak-anak yang lain, jangan pernah membanding-bandingkan mereka. Sebenarnya semua anak juga tidak suka dibandingkan. Mungkin disebabkan sikap sensitif anak ketiga menjadi punca utama mengapa mereka tidak suka dibandingkan dan cenderung untuk melakukan hal yang diluar jangkaan.
Sumber :