Pelancaran Kakee Services Sdn Bhd pada Ahad lepas mendapat sokongan dan dokongan daripada pemimpin tempatan dan masyarakat Tawau. Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau.
Pelancaran Kakee Services Meriah
Majlis pelancaran yang meriah itu dirasmikan oleh YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN Apas. Beliau menyatakan sokongan dan harapan beliau agar syarikat tempatan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna dan pemandu e-hailing di Sabah.
Pengarah Urusan Ka Kee Services, Encik Faizal Lin atau Michael Lin, pula berkongsi tentang visi dan misi syarikat beliau yang menawarkan harga mampu milik dan kebajikan yang baik kepada pemandu.
Baca Juga : Kesan media sosial kepada anak muda
Majlis ini turut disertai oleh pemimpin-pemimpin tempatan seperti YB Lo Su Fui dan YB Rina Jainal. Tetamu jemputan turut terdiri daripada pemandu e-hailing dan masyarakat Tawau. Majlis ini juga dihiburkan dengan persembahan tarian daripada murid sekolah SK Muhibbah Raya dan SK Tanjung Batu Keramat.
Rujukan : Facebook Page Tawaukini