Keutamaan Menjaga keturunan – Ustaz Hj Abdul Rahman Brahim

 

Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sama-sama pertingkatkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Selain itu, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW.  


Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan untuk berkahwin. ia merupakan sunnah Nabi SAW yang boleh melangsungkan zuriat dan keturunan manusia diatas muka bumi ini sebagai khalifah. Perkahwinan ini bakal membina keluarga bahagia berlandaskan syariah. Nabi saw bersabda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, nikah itu adalah sunnah, sesiapa yang tidak beramal dengan sunnah, bukan daripada aku, hadis riwayat Ibnu Majah. 


Daripada ikatan perkahwinan ini, akan berkembangnya keturunan yang membentuk satu keluarga. Keluarga ini pula akan terus berkembang menjadi satu ummah. Hal ini diiktiraf dan diakui oleh islam, hasil zuriat dan keturunan yang berdiri atas akad nikah yang sah, menjaga atau memelihara keturunan merupakan salah satu maqasid syariah iaitu objektif pensyariatan. Perkahwinan menjadi laluan utama kearah menjaga keturunan dalam erti kata lain, perkahwinan bukan sekadar memberikan kenikmatan zahir dan batin sahaja tetapi juga sebagai saluran untuk mendapatkan zuriat dan menyambung keturunan dengan cara yang sah.


Firman Allah SWT didalam Surah An-Nisa dalam ayat pertama, “wahai sekalian manusia, bertaqwa kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula dari yang satu yakni adam dan menjadikan adam daripada itu pasangannya iaitu isterinya hawa dan juga yang membiakkan dari keduanya, zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai”. 

Kemuliaan keturunan dalam Islam, hanya diterima daripada ikatan perkahwinan yang telah ditetapkan oleh syarak, ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW, menjadi kaedah untuk menetapkan nasab keturunan bagi seseorang menerusi sabdanya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah RA, anak itu dinasabkan kerana perkahwinan dan bagi yang berzina, ditahan hak nasabnya, hadith riwawat Muslim. 

Inilah keadilan Islam, menerusi syariatnya yang merupakan cara hidup yang menaungi setiaptindakan manusia, bukan mengikut gerak hati dan logik akalnya semata, mengikut hawa nafsu dan membelakangkan syariat hanya akan membawa kepada kerosakan dan kecelaruan keuturnan yang sepatutnya dijaga. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *