Gagal Kreditkan BKC? Ini Cara Kemaskini Akaun Bank

 

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah dibayar secara berperingkat bermula 6 September lalu. Bagi penerima yang layak, mereka telah pun menerima bayaran bantuan bagi fasa pertama. Pembayaran ini dibuat dengan kaedah pengkreditan secara terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. 


Namun, ada sesetengah daripada penerima yang tidak dapat berbuat demikian kerana berstatus GAGAL KREDIT ataupun maklumat akaun bank tiada dalam sistem permohonan. Cara untuk mengatasi permasalahan ini adalah dengan membuat kemaskini keatas maklumat akaun bank anda dalam tempoh yang telah pun ditetapkan. Hal ini akan membolehkan anda mendapat bayaran bagi fasa seterusnya secara terus ke akaun bank yang didaftarkan.

Ikuti langkah dibawah untuk membuat pengemaskinian maklumat akaun bank bagi penerima BKC yang berstatus gagal kredit. 

Maklumat Kemaskini Data

1. Kesemua penerima BKC yang berstatus GAGAL KREDIT diminta untuk mengemaskini maklumat akaun bank bermula daripada 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2021. 

2. Penerima yang mempunyai status GAGAL KREDIT dan TIADA MAKLUMAT AKAUN BANK perlu membuat kemaskini tersebut

3. Untuk proses kemaskini, layari www.bkc.hasil.gov.my

4. Setelah itu, klik pada butang semak dan kemaskini. 

5. Bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 1 800 882747 atau rujuk FAQ di Protal Rasmi BKC

Selamat Mencuba. Semoga dipermudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *