Pusat Produk IKS, Inisiatif Kumpul Dan Promosi Produk Tempatan

penerima bantuan iks

Majlis Pelancaran Karnival Usahawan PMKS Sabah 2023 telah berlangsung dengan meriah pada 29 Julai 2023 bertempat di Dataran MPT. Karnival ini bermula daripada 28 Julai sehingga 30 Julai 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan memasak, pertandingan nyanyian dan sebagainya. Karnival ini juga memperkenalkan Pusat Produk IKS dengan tujuan untuk mempromosikan produk tempatan.

Sebanyak 30 gerai pameran di bawah Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan 80 gerai jualan Usahawan PMKS dan peniaga terlibat dalam karnival ini. Antara produk yang ditawarkan adalah makanan, minuman, kraftangan, pakaian, barangan kecantikan dan kesihatan dan lain-lain.

pusat produk iks

Majlis dirasmikan oleh Datuk Andi Suryady, Pembantu menteri, Kementerian Perindustrian dan Keusahawanan Sabah. Beliau menyatakan bahawa tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan memperkenal dan mempromosikan produk tempatan kepada masyarakat luas.

Baca seterusnya : Diskaun Saman

Beliau juga memaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) Sabah akan membuka dua lagi Pusat Produk IKS Sabah pada tahun ini iaitu di daerah Tawau dan Lahad Datu. Kini terdapat lapan Pusat Produk IKS yang telah dibuka iaitu di Wisma Tun Fuad Stephens, Beaufort, Ranau, Papar, Kota Marudu, Pasaraya Oceanus dan Tuaran khusus untuk mengumpulkan dan memasarkan produk tempatan.

Selain itu, beliau turut menerangkan berkenaan dengan logo ‘Authentic Sabah’ dalam bentuk hologram yang diberikan kepada produk tempatan terpilih dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Logo ini dilancarkan pada Mei 2023 untuk membezakan produk Sabah dan produk di negeri lain.

Beliau turut menyeru lebih ramai usahawan berdaftar dibawah DIDR Sabah untuk mendapatkan manfaat daripada program-program yang disediakan oleh jabatan tersebut. Beliau berharap agar karnival ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap produk tempatan dan menyokong usaha-usaha keusahawanan di negeri ini.

Klik disini untuk gambar-gambar ketika program

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *