10 Fakta Menarik Tentang Kucing ~ Pencinta Kucing Wajib Tahu!

Miau! 😻

Buat semua pencinta kucing, anda wajib tahu 10 fakta unik ini tentang kucing. Mari kita baca!



1. Tahukah anda, sesetangah jenis kucing tidak toleran terhadap laktosa, dalam erti kata yang lain alergik minum susu. Sekiranya kucing anda muntah atau cirit-birit selepas anda memberi minumnya susu, kemungkinan besar kucing anda mempunyai allergik. Ia hanya boleh minum susu dari ibunya atau susu khusus untuk. Sila berhati-hati ya!



2.  Kucing boleh melompat hingga 7 kali lebih tinggi dari tubuhnya sendiri. Sama seperti ‘keluarga’ spesiesnya, sebagai contoh cheetah, puma, jaguar, lynx dan sebagainya. Jadi jangan hairanlah sekiranya kucing anda suka melompat dari tempat tinggi, contohnya atap rumah hm.

 



3. Maine Coon adalah antara jenis kucing yang terbesar dan sangat cerdas serta mudah dilatih oleh manusia. 


4. Sekiranya anda perasan, bulu bahagian muka kucing siam bewarna gelap (lebih banyak pigmen) berbanding badannya kerana kawasan mukanya mempunyai suhu yang lebih rendah daripada badannya. 


5. Kucing sebenarnya mampu berenang dengan baik. Bolehlah cuba bawa kucing anda ke kolam renang nanti!



6. Kucing Sphynx perlu dimandikan sekurang-kurangnya dua kali sebulan, karena ia tidak mempunyai bulu dan senang kotor atau dijangkiti penyakit kulit. 


7. Kucing mempunyai deria rasa yang lemah. Oleh sebab itu, kucing selalu menjilat-jilat makanan terlebih dahulu sebelum memakannya.


8. Terdapat lebih 500 juta kucing domestik di seluruh dunia. 


9. Merlin the Cat, adalah  merupakan kucing yang berjaya mencipta rekod di Guinness Book of World Records  kerana mempunyai suara dengkuran paling kuat, iaitu 67,8 db (A).


10. Kucing menghabiskan 70% hidupnya untuk tidur. Menurut beberapa sumber, kucing sebenarnya menghabiskan 70%  hidupnya hanya untuk tidur iaitu sekitar 13-16 jam sehari. Itulah kehidupan kucing.


Sumber: 

– Google Image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *