KVT Netballers Elite Johan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Tawau 2023

Pertandingan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti (LSK) peringkat bahagian Tawau Tahun 2023 telah berlangsung di Tawau Futsal Centre pada 6 Ogos 2023.

Pertandingan ini dikendalikan oleh Setiausaha Persatuan Bola Jaring Daerah Tawau Puan Amisa Alimudin dan dibantu oleh Pegawai Teknikal Cik Idah Idee.

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Lo Su Fui, Ahli Parlimen P.190 Tawau.

Turut hadir juga juga Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau En Mohamad Ali Bin Abdul Sari dan Puan Fifi Rafidah Binti Arif daripada Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Cawangan Tawau.

Penyertaan Pertandingan

Pertandingan bola jaring LSK bahagian Tawau ini meriah dengan penyertaan sebanyak 21 pasukan merangkumi Daerah Semporna, Tawau, Kalabakan, Kunak dan Lahad Datu.

Keputusan Pertandingan

Pasukan KVT Netballers Elite Tawau berjaya menewaskan pasukan Spectra Tawau dengan jaringan akhir 20 berbalas 9.

Tempat ketiga bersama adalah pasukan KVT Netballers Legacy dan pasukan Lolipop.

Sumber: FB Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *