3 lelaki ditahan Polis curi buah sawit

Tiga lelaki ditahan pihak Polis selepas mencuri buah sawit di kawasan ladang kelapa sawit ladang Merotai.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin, ketiga-tiga mereka berusia antara 24 hingga 53 tahun.

Gambar ihsan Polis Daerah Tawau

Dua daripada mereka tidak memiliki dokumen yang sah.

Mereka ditahan sekitar jam 8.10 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Polis turut merampas sebuah kenderaan pick-up Double Cab 4×4 jenis Toyota Hilux bersama dengan 47 tandan buah sawit bernilai lebih kurang RM600.

Gambar ihsan Polis Daerah Tawau

2 batang besi tombak yang berada dalam kenderaan juga dirampas.

Suspek dan rampasan kemudiannya telah dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah  Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Fb Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *