Smk Tawau raih 1 emas & 3 perak di IDO World Dance Festival 2023

SMK Tawau telah mewakili Malaysia ke pertandingan IDO World Dance Festival 2023 yang berlangsung di Goyang Aram Nuri Opera House, Korea Selatan.

Pertandingan ini berlangsung pada 2 hingga 6 Ogos 2023.

Sebanyak 12 negara telah menyertai pertandingan tersebut dan SMK Tawau telah berjaya merangkul 1 pingat emas dan 3 pingat perak.

Berikut merupakan keputusan pertandingan:

  1. Perak- Solo Adult 1 (Muhammad Najmi Dickson)
  2. Emas- Duo Junior 2 (Marsha Khairunnisa Mohd Hadrisham & Nurul Afiqah Afza Syaril)
  3. Perak- Group Junior (Razlyn Elisha Rahim, Aliah Batrisyia Razali & Nurliayana Tashah Amirshah)
  4. Perak- Formation Junior (Razlyn Elisha Rahim, Aliah Batrisyia Razali, Nurliayana Tashah Amirshah, Marsha Khairunnisa Mohd Hadrisham, Mohd Fatturahman Abdul Razak, Mohd Afiq Mahyuddin, Muhammad Najim Dickson, Khairul Nazmi Mujakir)

Tahniah dan syabas diucapkan buat adik-adik yang mengharumkan nama Malaysia di pentas Antarabangsa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *