Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SABAHFEC) 2023 Zon Pantai Timur Tawau

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi menyokong, memperkasa dan memantapkan lagi Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Sejumlah RM6.17 juta diperuntukkan kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan bagi mempergiatkan promosi produk Sabah ke Pasaran domestik dan antarabangsa.

“Sejumlah RM7.1 juta turut diagihkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) bagi meneruskan usaha menyedia dan membangunkan premis perniagaan, kedai-kedai sosio-ekonomi dan lain-lain program keusahawanan tahun ini”.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Nizam Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan.

Foto ihsan: Facebook Pusat Maklumat Rakyat Daerah Tawau

Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SABAHFEC) 2023 Zon Pantai Timur ini telah berlangsung di Majlis Perbandaran Tawau bermula 12 Ogos sehingga 13 Ogos 2023.

Karnival ini dianjurkan oleh Exco Wanita Biro Keusahawanan Wanita Negeri Gagasan Rakyat dengan kerjasama Persatuan Double A Martial Arts Tawau.

Kerajaan juga komited dalam membantu komuniti usahawan di negeri ini agar dapat terus berkembang dan memantapkan perniagaan mereka.

Penganjuran SabahFEC2023 ini akan membantu golongan pencari kerja untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan kemahiran selain daripada bantuan geran dana untuk usahawan daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

Karnival ini merupakan platform terbaik untuk pencari kerja dan usahawan memperkasa ekonomi diri, selain mendapatkan maklumat bantuan geran dana daripda agensi yang terbabit, pengurusan kewangan selain peluang kerjaya dan kemahiran.

Beliau juga mahu Karnival Keusahawanan dan Kerjaya (SABAHFEC) 2023 diperluaskan ke zon-zon negeri lain agar masyarakat Sabah yang lain mendapat manfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *