Open Sparing Tawau Boxing sempena Hari Kebangsaan 2023

Program “Open Sparing Tawau Boxing” sempena menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2023 telah berlangsung dengan jayanya semalam bertempat di Gym Apex Fight Studio Tawau.

Wira Boxing Club (WBC) merupakan penganjur untuk program ini dengan kerjasama Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau, Apex Fight Studio dan Kelana D Udara Tawau.

  

Open Sparing ini dilaksanakan sebagai pendedahan sukan tinju kepada anak-anak mudai di daerah Tawau bersama-sama dengan calon-calon peninju Saga Games.

Sebanyak 24 peninju yang terlibat dalam Open Sparing ini. Antaranya Persatuan Tinju Tawau, Tiger Eight Club Tawau Martial Art, Dragon Rovers, MRTB, UNIKLJAWBREAKER, Teck Guan, FLDUMS, WBC, IMAA dan lain-lain termasuklah peninju dari Lahad Datu.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 pemenang WBC Open Sparing Session 2023.

Semoga dengan penganjuran seperti ini akan merancakkan lagi dunia tinju di daerah Tawau.

Sumber: Wira Boxing Club Tawau

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *