Adakah sini yang tamat tempoh untuk lesen memandu? Kerajaan telahpun menyatakan untuk memberikan pengecualian bagi pembaharuan lesen memandu sehingga hujung tahun ini, namun anda dinasihatkan untuk memperbaharui lesen sebaik sahaja tamat tempoh bagi mengelakkan masalah pada masa akan datnag.
Jom semak harga perbaharui lesen memandu yang terkini untuk 2021 dan kaedah yang boleh digunakan untuk perbaharui lesen memandu yang anda kena tahu.
Harga Perbaharui Lesen Memandu
Berikut merupakan harga untuk perbaharui lesen memandu kereta dan motor :
1. Walk In
Orang ramai boleh membuat pembaharuan lesen memandu secara walk in samada di kaunter JPJ, Pejabat Pos ataupun UTC
2. Portal MySikap
JPJ menyediakan kemudahan perkhidmatan secara dalam talian melalui Portal MySikap dan untuk perbaharui lesen, juga termasuk dalam perkhidmatan yang tersedia.
3. Portal MyEG
Untuk perbaharui lesen, JPJ menyediakan perkhidmatan secara atas talian untuk perbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Pengecualian Pembaharuan Lesen
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi-agensi dibawahnya seperi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika negara dilanda dengan pandemik Covid-19.
Dengan itu, MOT telah memutuskan untuk memberi pelanjutan terhadap tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) sehingga 31 Disember 2021.
Walaubagaimanapun, orang ramai yang berkemampuan dinasihatkan untuk membuat pembaharuan sebaik sahaja tamat tempoh bagi mengelakkan sebarang masalah kesesakan berlaku selepas tamat tempoh pengecualian dan memudahkan urusan masin-masing.