Penunggang Motorsikal Di Tahan Dalam OP Mabuk

 


Satu operasi yang dinamakan sebagai “Op Mabuk” telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau. Operasi ini diketuai oleh ASP Joan Lee dan dibantu SSPDRM.

 

Dalam operasi kali ini, pasukan telah berjaya menahan seorang penunggang motorsikal yang dikesan berada dalam keadaan mabuk dan disahkan positif setelah menjalani dua kali ujian saringan kandungan alkohol. Saringan dibuat dengan menggunakan alat Screening Device 2 (SD2) dan Evidential Breath Alcohol (EBA). 

Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu manakala motorsikal yang digunakan tidak dilindungi insurans dan ekzos juga telah diubahsuai.

 

Suspek dan motorsikal dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Bagi kesalahan ini, pemandu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun dan hilang kelayakan lesen selama dua tahun. 

Dalam masa yang sama, polis telah menyita tiga lagi kenderaan kerana pemandu tidak memiliki lesen memandu.

 

Sepanjang OP tersebut dijalankan, Polis Trafik telah mengeluarkan sebanyak (14) keping saman atas pelbagai kesalahan seperti mengubahsuai ekzos, tiada lesen memandu, membenarkan pemandu tanpa lesen, tiada perlindungan insuran, LKM tamat tempoh dan pelbagai kesalahan lagi ke atas pesalah trafik.

Polis menasihatkan orang awam agar sentiasa mengamalkan pemanduan selamat dan lebih bertanggungjawab agar tidak mengendalikan sebarang kenderaan sekiranya berada di bawah pengaruh alkohol memandangkan kes melibatkan pemandu mabuk meningkat di daerah ini. 

Sumber : Facebook Page Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *