Pemilihan Dewan Belia Sabah Daerah Tawau 2023

Dewan Belia Sabah (DBS) yang julung kali diadakan di Sabah pada tahun ini menyasarkan penglibatan seramai 10,000 orang belia di negeri itu sebagai pemilih dan juga calon yang akan bertanding mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Platform Terbaik

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan berkata, literasi politik belia di negeri ini adalah sekitar 30 peratus dan ianya sesuatu yang membimbangkan bagi masa depan demokrasi di negeri ini. DBS merupakan platform yang terbaik bagi menarik semula minat belia Sabah untuk terlibat di dalam politik, katanya, sambil menambah, MBS mahu golongan ini sentiasa merasakan bahawa suara mereka sentiasa didengar oleh Kerajaan.

Hasil Perbahasan

Hasil perbahasan usul oleh ahli DBS di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) Sabah kelak akan diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor melalui Menteri Belia dan Sukan Sabah sebagai rujukan Kerajaan Negeri dalam membentuk dasar dan polisi seiring dengan aspirasi belia di negeri ini.

Simulasi Persidangan

DBS merupakan program simulasi persidangan bagi memberi peluang kepada belia menyuarakan pandangan dan idea dalam sesi persidangan yang dijangka berlangsung pada penghujung Oktober.

Sesi persidangan DUN yang akan diadakan bakal melibatkan 73 ahli DBS yang memenangi pemilihan di setiap DUN di Sabah.

Senarai Calon Bertanding di Tawau

Pendaftaran & Pengumuman Pemenang

Pendaftaran calon dan pemilih berusia 15 sehingga 35 tahun yang dibuka bermula 2 September lalu akan ditutup pada 30 September sebelum proses pengundian dilaksanakan pada 2 hingga 7 Oktober.

Manakala, pengumuman pemenang bagi setiap DUN akan diumumkan pada 7 Oktober jam

8.30 malam menerusi pengumuman rasmi secara langsung di laman Facebook MBS

Kredit: Warta Oriental

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *