Kemalangan Motor Di Landasan Lapangan Terbang Lama

Satu kejadian yang tidak diingin berlaku kelmarin iaitu 4 Julai 2021 di Lapangan Terbang Lama ataupun lokasi yang dikenali sebagai ‘Airport Lama” oleh masyarakat tempatan. Kemalangan berlaku dikawasan tersebut yang melibatkan dua remaja yang menunggang motorsikal. Kedua-dua motorsikal tersebut dikatakan bertembung di tempat kejadian.


Antara gambar di lokasi kejadian


Berdasarkan keterangan yang dibuat oleh waris mangsa, motor yang ditunggang iaitu jenis “Modenas” menuju ke Kampung Vietnam daripada arah Tanjung Batu Darat. Manakala mangsa kedua yang menunggang motorsikal jenis “Yamaha” menuju ke Lapangan Terbang Lama. 

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas, mangsa yang terlibat dengan kemalangan masing-masing berumur 15 dan 16 tahun. Kedua-dua mangsa didapati tidak memakai topi keledar keselamatan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada kira-kira 5.30 petang. 


Hasil siasatan yang berlaku, kedua-dua motorsikal didapati bertembung antara satu sama lain yang datang dari arah yang berlainan dan turut disyaki kedua-duanya terlibat dalam aktiviti lumba haram. Tambahan daripada itu, proses bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian selain sampel darah kedua-dua mangsa diambil untuk dianalisa. 


Mengikut prosedur kematian, mayat perlu menjalani Ujian Covid-19 sebelum dituntut oleh keluarga jika mayat didapati negatif bagi ujian tersebut. Namun, sekiranya mayat didapati positif ujian covid-19, mayat akan diuruskan dengan prosedur yang tersendiri oleh pihak hospital. Didapati salah seorang mayat, positif Ujian Covid-19 yang dijalankan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *