Serangan Israel Keatas Hospital Al Ahli, Satu Serangan Keji

serangan israel


Menurut artikel yang ditulis Portal Berita Harian, dilaporkan tentang keadaan krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Gaza akibat serangan Israel yang berterusan. Artikel itu menyatakan bahawa Israel telah melakukan pembunuhan besar-besaran. Pembunuhan ini berlaku terhadap orang-orang Palestin, termasuk kanak-kanak dan wanita, dengan menggunakan senjata berat dan udara.

serangan israel
Gambar daripada : REUTERS/Mohammed Salem

Israel telah melakukan serangan keji dengan mengebom Hospital Al-Ahli Arab di Gaza, yang merupakan tempat perlindungan bagi penduduk Palestin yang terluka, termasuk wanita dan kanak-kanak. Ir Omar Seyam, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Gaza, memberitahu bahawa hospital tersebut kini mengalami keadaan kacau bilau. Hal ini disebabkan kerana kakitangan kecemasan cuba menghantar mangsa ke Hospital Al Shifaa yang berdekatan.

BACA JUGA : Pemberian Khas Interim Sabah, Sarawak naik RM300 juta

“Kapasiti Hospital Al Shifaa sudah melebihi had, dan penuh sesak dengan pesakit tetapi kami tidak ada pilihan lain,” katanya kepada BH dalam temubual telefon. Omar menegaskan bahawa Israel tidak mempunyai belas kasihan apabila sengaja mensasarkan hospital yang berisi mangsa yang terluka.

Didalam artikel itu juga menyebut tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Aman Palestin. Aman Palestin merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa konflik di Gaza. Aman Palestin telah menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Bantuan yang diberikan seperti makanan, ubat-ubatan, selimut dan khemah kepada rakyat Gaza yang memerlukan. Selain itu, Aman Palestin juga mengadakan kempen-kempen kesedaran dan sokongan untuk menuntut penghentian serangan Israel dan penyelesaian damai bagi isu Palestin.

Rujukan : ‘Rakyat Gaza sedang berdepan pembunuhan besar-besaran’ – Aman Palestin Gaza

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *