Seorang individu tidak bertanggungjawab telah menggelarkan dirinya sebagai anggota bomba yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Kunak dan menggunakan nama BBP Kunak untuk membuat tempahan peralatan tulis di sebuah kedai peralatan tulis di Tawau Sabah.
Individu ini menggunakan nama BBP Kunak untuk membuat tempahan alat-alat tulis dengan jumlah yang banyak.
Setakat ini pihak BBP Kunak telah menerima sau pemakluman berkenaan daripada kedai peralatan tulis tersebut dan pihak BBP Kunak tiada membuat apa-apa tempahan seperti yang dilaporkan.
Mohon kepada semua pemilik kedai peralatan tulis sekitar Tawau atau mana-mana individu untuk menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kunak di Talian 089-853444 sekiranya menerima apa-apa jenis tempahan untuk pengesahan