Sebentar tadi, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pakej yang diberi nama Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pakej ini akan memberikan bantuan kepada segenap masyarakat sehingga penghujung tahun 2021.
- Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanya 500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember.
- Bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak 200 ringgit pada bulan Ogos
- Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak 250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100 ringgit pada bulan Ogos nanti.
Memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan. Antaranya, diskaun sebanyak 40 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
6. P
erkhidmatan Bank Bergerak7. Geran Khas Prihatin
Di bawah PEMERKASA Tambahan, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti. Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKS mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021.
8. Bantuan Khas Taska
KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.
10. Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran
Memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN, seterusnya menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan
Sumber : Teks Perutusan YAB Perdana Menteri