Penganjuran Sulung Selangkah Ke Menara Gading Berjaya Tarik Perhatian Pelajar

menara gading

Tawau, 13 November 2023 – Program Selangkah Ke Menara Gading telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu lepas. Program tersebut berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau dengan disertai lebih 1000 orang pelajar. Dalam temubual bersama media, Ahli Parlimen Tawau, YB Datuk Lo Su Fui, mengucapkan tahniah kepada penganjur program Selangkah ke Menara Gading 2023 yang diadakan. Beliau berkata, program ini merupakan inisiatif Pejabat Ahli Parlimen Tawau dan sekolah-sekolah di Tawau untuk membantu pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

BACA JUGA : KEBOCORAN GAS AMONIA

Selain itu, program ini dapat mengumpulkan institusi pendidikan dan kolej pengajian untuk memberikan garis panduan yang tepat kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar-pelajar dapat mengetahui syarat-syarat kemasukan, bidang-bidang pengajian, peluang kerjaya dan kos pengajian yang ditawarkan oleh institusi-institusi tersebut.

menara gading
temuramah bersama YB Lo Su Fui di Dewan Masyarakat Tawau

Tambahan pula, ini merupakan penganjuran sulung program dan akan diteruskan pada masa akan datang. “Kami berharap program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di tawau dan meningkatkan kualiti pendidikan di daerah ini. Kami juga bakal menjemput lebih banyak institusi pengajian untuk menyertai program ini pada masa depan,” ujarnya.

Diawal program ini, sejurus ketibaan YB Lo Su Fui, beliau berkesempatan untuk mengunjungi melawati pamera-pameran pendidikan yang diadakan. Sambutan begitu menggalakkan dalam pelaksanaan program kali ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan agar dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai pelajar.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *