Serbuan Maritim: Tindakan Suspek Buang Daun Ganja Ke Laut

berita harian

LANGKAWI – Tiga kilogram (kg) daun ganja segar yang cuba diseludup masuk ke negara ini dari Thailand telah dirampas. Rampasan ini telah dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis pada malam Rabu. Daun ganja segar yang dianggarkan bernilai lebih RM9,000 itu dibuang ke laut oleh suspek yang melarikan diri apabila diserbu oleh bot ronda Maritim Malaysia.

daun ganja
Kredit Gambar : Maritim Malaysia

Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku kira-kira pada jam 10 malam. Insiden berlaku berhampiran kedudukan 1.9 batu nautika timur laut Tanjung Kemarung di sini. Beliau menjelaskan bahawa Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (Swasla) Langkawi telah mengesan sebuah bot fiber yang mencurigakan. Bot fiber terbabit bergerak masuk ke perairan Langkawi dari sempadan Thailand.

Baca Juga : Persiap Remaja Untuk Generasi Akan Datang

“Maritim Malaysia Kedah dan Perlis telah menghantar maklumat kepada bot peronda yang sedang menjalankan operasi Op Aman dan Op Tiris 2.0. Maklumat yang dihantar digunakan untuk mengejar dan menyerbu bot yang terlibat. Namun, suspek yang didakwa membawa daun ganja itu telah membuang tiga bungkusan plastik ke laut. Sejurus selepas itu, menukar arah pelayarannya, berpatah balik menuju ke sempadan Thailand untuk melarikan diri,” kata beliau dalam kenyataannya pada hari Khamis.

Beliau menambah, bot ronda Maritim Malaysia telah mengambil tiga bungkusan plastik yang dibuang oleh suspek dan mendapati ia mengandungi daun ganja segar. Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah untuk tindakan lanjut. – Berita Harian

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *