Masih ada yang ingatkah kenangan pergi bandar mahu jumpa kawan, turun bas di stesen dan terus ke tempat yang dijanji untuk menunggu yang lain, kadang-kadang sampai “buruk” menunggu baru sampai semua. Huh, apa boleh buat la kan.
Sebelum kewujudan pengangkutan e-hailing seperti grab dan lain-lain, masyarakat tempatan Tawau yang tidak mempunyai kenderaan sendiri akan bergerak ke sana-sini dengan hanya menggunakan pengangkutan awam seperti bas/van, atau teksi. Tidak kurang juga ada sesetengah yang gemar berjalan kaki lebih-lebih yang tinggal berdekatan kawasan pusat bandar. Setiap kali mahu turun ke bandar, masing-masing akan tentukan tempat untuk berjumpa dan menunggu rakan-rakan yang lain sejak malam sebelumnya atau beberapa hari sebelum lagi.
Berikut adalah 5 ‘port’ berjumpa yang paling terkenal di Tawau pada zaman dulu-dulu sebelum wujudnya pengangkutan e-hailing. Teruskan membaca mana tahu ada tersenarai ‘port’ berjumpa kamu dulu-dulu 😉
1. Bangunan MARA
Ini adalah ‘port’ jumpa yang paling popular. Terletak berdekatan stesen bas menjadikan ia tempat yang paling senang untuk menunggu orang lebih-lebih lagi yang menaiki bas. Selain itu, kawasannya yang luas dan mudah dicari menyebabkan ia menjadi pilihan kebanyakkan orang.
Bukan hanya untuk berjumpa kawan, tempat ini turut djadikan tempat menunggu untuk peserta trip-trip sekolah dan lain-lain. Selepas berkumpul di bangunan ini, mereka akan terus menuju ke bas yang disewa dengan begitu mudah.
2. Parkwell/ Servay
Apabila bangunan Mara mula sesak disebabkan ramai orang menunggu dan berkumpul, Parkwell juga menjadi antara pilihan tempat alternatif untuk berjumpa yang terkenal. Boleh masuk ronda-ronda dulu sampai tingkat atas kalau orang yang ditunggu tu datang lambat, sambil bersejuk-sejuk. Parkwell antara tempat yang strategik dan selesa untuk berjumpa kerana berdekatan dengan stesen bas dan yang paling penting, ada penghawa dingin !
3. Quong Ming
Terletak agak jauh sedikit daripada stesen bas kalau dibandingkan dengan Bangunan MARA atau Parkwell/Servay. Tempat ini tetap menjadi pilihan kerana kebanyakkan orang pada waktu itu, mesti mahu singgah quong ming. Ada saja barang yang di cari disitu hah. Boleh juga bersejuk-sejuk walaupun duduk diluar sahaja sebab dekat pintunya penghawa dinginnya kuat haha. Atau, naik ke tingkat atas, tengok-tengok buku sambil menunggu si kawan.
4. Perpustakaan
Tidak dapat dinafikan, perpustakaan yang terletak berdekatan dengan Sabindo Plaza ini turut menjadi salah satu tempat pilihan utama untuk berjumpa. Walaupun jauhnya bukan kaleng-kaleng kalau jalan kaki dari stesen bas, ia tetap menjadi pilihan terutamanya budak sekolah. Tempat ini agak selesa untuk menunggu kawan sambil lepak-lepak dulu di dalam, baca buku dan sambung Wi-Fi, sebelum pergi ke tempat tujuan utama. Boleh juga terus lepak sampai waktu makan tengah hari, selepas itu baru gerak ke tujuan seterusnya.
5. Stesen Bas
Dimana lagi ‘port’ kamu berjumpa dulu-dulu?
Boleh tinggalkan komen ya dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan kawan kamu yang selalu paling lama ditunggu!