Taburan Beras Dan “Sompa” Pelengkap Adat Perkahwinan Masyarakat Bugis Di Tawau

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Begitulah adat perkahwinan masyarakat Bugis di Tawau yang masih kekal di amalkan sehingga sekarang. 

Pada siri artikel yang lepas, kita telah membongkar adat-adat yang diamalkan SEBELUM majlis perkahwinan oleh masyarakat Bugis di Tawau. Untuk artikel kali ini, mari kita baca adat-adat yang diamalkan SEMASA dan SELEPAS majlis perkahwinan oleh masyarakat Bugis di daerah Tawau. 


 Adat Semasa Pernikahan 

1. Nikah (seperti dianjurkan dalam Islam)

Bagi melaksanakan upacara pernikahan, pihak lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan untuk bernikah. Upacara menghantar pengantin ini disebut ‘menre kawing. 

Kedatangan pengantin lelaki diiring bersama pembawa sompa dan rombongannya disambut oleh beberapa orang penyambut tetamu dari pihak keluarga pengantin perempuan yang terdiri dari ‘pappa duppa’, iaitu seorang remaja perempuan dan seorang remaja lelaki; dua orang ‘pakkusu-kusu‘, iaitu dua orang wanita yang telah berkahwin; seorang ‘pangampo benne‘ dan seorang ‘paduppa bolling‘. 

Apabila pihak pengantin lelaki tiba di tangga rumah, rombongan akan ditabur dengan beras sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan pengantin. Pengantin lelaki tadi akan dipersilakan duduk di alas tujuh helai kain pelikat yang disusun berbentuk bulat. Kain ini dilipat dengan membawa kesemua hujung kain ke tengah. Pengantin Ielaki akan rnelafazkan akad nikah di atas kain pelekat tersebut.

Adat ini dilakukan sebagai tanda menghormati pengantin lelaki yang menjadi raja sehari. Ada pendapat yang mengatakan bahawa adat tersebut diwarisi dari zaman Kesultanan Bugis. Susunan kain menggambarkan pangkat dan darjat seseorang. Perkahwinan yang berlangsung diharap dapat mempertingkatkan pangkat seseorang dalam sebarang bidang yang diceburi seperti yang digambarkan secara simbolik pada susunan kain tersebut.

Makna dan simbolik


1. Tujuh helai kain pelikat yang digunakan sebagai alas duduk pengantin lelaki;
– Melambangkan sejarah penyatuan tujuh buah daerah yang membentuk negeri Bone pada awal penubuhannya.

2. Sompa yang dibawa akan diserahkan kepada pengantin perempuan;
– Sompa merupakan simbolik kepada penyimpan harga diri seorang bakal isteri. Sompa adalah kain putih yang diisi dengan wang mas kahwin disamping barang-barang lain seperti beras, buah pala, kayu manis dan jarum.



Makna yang tersirat di sebalik kewujudan sompa cukup mendalam bagi orang Bugis kerana mas kahwin adalah harga diri seorang wanita. Justeru, sompa harus disimpan di tempat yang paling berharga dan selamat.

Barang yang disertakan bersama mas kahwin membawa makna yang tersendiri dan menjadi gambaran dan cabaran yang perlu ditempuh oleh pasangan pengantin semasa hidup bersama. Cabaran dan dugaan ini digambarkan dengan meletakkan jarum di dalam beras, sedangkan beras itu pula merupakan lambang keperluan asas dalam kehidupan manusia. 

Perisa dan keharmonian berumah tangga digambarkan melalui buah pala dan kayu manis termasuklah limpahan rezki yang bakal diperolehi.

 Adat Selepas Pernikahan 

Mapalettu nikah;  Apabila akad nikah selesai dijalankan, pengantin lelaki yang diringi imam dan saksi akan masuk ke bilik pengantin perempuan. Sebelum masuk, pihak lelaki  dikehendaki membayar duit yang diminta oleh pengapit dan indo’ botting.Setelah dibenarkan masuk, pengantin lelaki akan bersalaman dengan isterinya sebelum adat seterusnya dilanjutkan. 

Makkerewadimulakan oleh salah seorang pengiring yang menghantar pengantin lelaki ke bilik pengantin perempuan. Pengiring yang akan melaksanakan adat ini ialah ayah pengantin perempuan yang bertindak untuk ‘mempersatukan’ kedua mempelai. 

Dalam upacara ini. pengantin lelaki akan dibawa menghampiri pengantin perempuan lalu mengambil tangan pengantin lelaki dan menyentuhkannya dengan bahagian tertentu tubuh pengantin perempuan. Upacara ini merupakan simbol bersatunya kedua-dua pasangan pengantin sebagai suami isteri yang sah. 

Setelah upacara ‘makkerawa’ selesai, pasangan pengantin dibawa keluar untuk menemui kedua ibu bapa dan saudara mara pengantin perempuan untuk upacara ‘sujud’, iaitu bersalaman dengan mereka bagi mendapatkan restu.

Tudang Bottingnge’; majlis persandingan yang diadakan. Dalam majlis persandingan ini, tetamu yang hadir akan membawa hadiah iaitu wang tunai dan akan dimasukkan ke dalam tong yang dilelakkanberhampiran pelamin (pasolok). Majlis ini berlangsung sehingga lewat tengah malam dan diraikan dengan kugiran muzik serta nyanyian moden ataupun persembahan karaoke’. 

Mapparola; ialah adat bertandang ke rumah keluarga pengantin lelaki yang biasanya dilakukan seminggu atau dua minggu selepas majlis pernikahan diadakan. Sesuatu majlis perkahwinan dianggap tidak sempurna sekiranya tidak dilengkapi dengan adat ini.

Dalam upacara ini, pengantin perempuan bersama rombongannya akan membawa buah tangan untuk keluarga mentua. Persandingan turut diadakan di rumah pengantin lelaki.


Sumber: https://library.ums.edu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *