Pada 1 Disember 2023, Kota Kinabalu, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah telah merasmikan Kempen DEC-Cover Sabah untuk pertama kalinya. Diketuai oleh Yang Berhormat Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah, inisiatif ini bertujuan memberi dorongan baru kepada sektor pelancongan negeri ini.
Kempen DEC-Cover Sabah menekankan komitmen untuk memperkasakan kekayaan warisan tempatan, kepelbagaian budaya, dan keunikan etnik yang memperlihatkan identiti sejati negeri Sabah.
Dalam bulan Disember 2023, Kempen ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan memukau pengunjung serta penduduk tempatan. Antara acara utamanya adalah Sabah Tanah Airku Countdown Mega Run 2023, yang selari dengan Hari Kembara Apresiasi Sabah. Ia melibatkan 28 Daerah di negeri Sabah dengan 1000 pelari membawa Bendera Sabah sepanjang 200 jam menuju ke Kota Kinabalu. Selain itu, Family Fun Run dirancang untuk menyatukan 2000 peserta dalam semangat kekeluargaan.
Baca Juga : Sabah FC Mara Ke Separuh Akhir AFC
Selain acara-acara ini, terdapat rangkaian aktiviti menarik lain yang bakal disajikan sepanjang bulan tersebut. Antara aktiviti menarik yang diadakan termasuklah Miss Merdeka Sabah 2023, Battle of Buskers dan Borneo Culture Festival. Selain itu, turut diadakan program Tamu-Bah untuk promosi peniaga tempatan dan Jelajah Sabah Foodie. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi yang memperlihatkan kepelbagaian budaya negeri Sabah.
Kempen DEC-Cover Sabah yang dianjurkan oleh Rock Maestro Sdn Bhd dan Awesome Borneo Holidays Sdn Bhd. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah pada hari ini.
Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini