Pembukaan Penuh Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Menuju Pelancaran yang Dijangka Mengujakan

pan borneo sarawak

Kuching –  Berdasarkan perkembangan semasa projek Pan Borneo Sarawak yang kini hampir 98% siap. Dijangka kesemua seksyen lebuh raya tersebut akan dibuka kepada orang awam menjelang penghujung bulan ini. Kemajuan ini diharapkan dapat memudahkan perjalanan orang ramai, terutamanya sempena musim perayaan Krismas dan tahun baharu.

Sebanyak 19 daripada 25 seksyen projek lebuh raya itu kini sudah siap sepenuhnya dan telah dibuka kepada orang awam. Seksyen Bukit Bengunan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Disember ini, manakala lima seksyen lagi dijangka siap sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2024.

Pan Borneo Highway a game changer for Sarawak's economic growth

Datuk Seri Nanta Linggi menyatakan hal ini dalam Majlis Makan Malam Impian Jadi Realiti Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, di mana beliau turut diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Nanta turut menyebut tentang cabaran dan dugaan yang dihadapi semasa projek ini berlangsung. Hal ini termasuk perubahan pendekatan dalam pelaksanaan projek, sekatan aktiviti pembinaan semasa pandemik Covid-19. Selain itu, antara cabaran lain ialah kekurangan bekalan bahan pembinaan, dan peningkatan kos kepada operasi pihak kontraktor.

Baca Juga : Pelancaran Dec-Cover Sabah

Projek mega Lebuhraya Pan Borneo ini juga dilihat sebagai kejayaan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang memperjuangkannya. Selain itu juga peranan mantan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof turut diiktiraf dalam pembangunan projek ini. Selain itu, Nanta juga menghargai bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahin dalam memastikan kelancaran projek ini serta program Kembara Kenali Borneo yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan kerabat baginda.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *