Adat Perkahwinan Masyarakat Bugis Di Tawau, Sabah~ Masih Diamalkan?

Yang lama dikelek, yang baharu didukung. Begitulah perumpaan yang sesuai untuk menggambarkan tentang adat dan budaya masyarakat Bugis di bumi Tawau ini. Meskipun zaman menongkah arus modenisasi, namun adat yang lama tetap dijulang disamping beradaptasi dengan budaya hidup yang baru.

Masyarakat Bugis telah lama menetap di Tawau dan asalnya merupakan golongan perantau yang berasal dari Indonesia (Sulawesi). Adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Bugis yang menetap di Tawau majoritinya adalah asli daripada kampung asal mereka. Namun begitu, terdapat beberapa aspek juga yang telah diubah suai untuk menyesuaikan dengan budaya masa kini. 

Pada siri artikel kali ini, kita akan menelusuri adat perkahwinan masyarakat Bugis di daerah Tawau merangkumi adat sebelum, semasa dan selepas upacara perkahwinan dijalankan.

Mari teruskan membaca !

ADAT PERKAHWINAN 

Masyarakat Bugis sinonim dengan perkahwinan diantara saudara terdekat. Sedar atau tidak, bagi sesiapa yang berketurunan Bugis anda pasti perasan perkara ini. Berikut ialah tiga jenis perkahwinan diantara saudara dekat yang sering diamalkan: 

i) Assialang marola, iaitu perkahwinan antara sepupu; 

ii) Assialanna memang, iaitu perkahwinan antara dua pupu; 

iii) Ripadeppe’ mabelae, iaitu perkahwinan antara sepupu yang mempunyai ikatan jauh.

Walaubagaimanapun, tradisi ini kurang dipraktikkan sudah masa kini. Anak-anak masyarakat Bugis bebas memilih pasangan hidup masing-masing dengan restu orang tua. 

Adat Sebelum Perkahwinan 

 i) MaManuManu atau MaPesiare’keng;

Merisik sama ada si gadis sudah dipinang ataupun sebaliknya. Sebelum adat merisik dijalankan, pihak keluarga lelaki terlebih dahulu akan bertanyakan pendapat anak lelakinya tentang wanita yang hendak dikahwin dan memberi peluang kepada anak lelakinya memilih. Biasanya abang sulung ditugaskan untuk menyelidik latar belakang keluarga perempuan meliputi keturunan, kekayaan, dan kejujuran. 

Situasi ini berbeza dengan kaum wanita yang tidak diberitahu tentang bakal suaminya dan mereka hanya menyedari akan berkahwin ketika persediaan sedang dijalankan.– (jodoh pilihan keluarga).

il) Mapetuada’ atau Massuro 

Dijalankan di rumah pengantin perempuan untuk membincangkan MaTanre Esso (waktu perkahwinan), jenis sunreng atau sompa (mas kahwin), balanja alau duwi manre (belanja perkahwinan, penyelenggaraan majlis termasuk pasio’ (satu sel hadiah) dan lise’ sompa(hadiah satu set barang tradisional) khususnya dalam kalangan orang berada. 

iii) Maduppa alau mattamba

Proses mengumumkan dan menjemput saudara-mara dan sahabat handai kemajlis perkahwinan. Adat maduppa biasanya dilakukan seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung. 

Adat menjemput saudara-mara dalam masyarakat Bugis biasanya dijalankan oleh dua orang wakil dalam kalangan kaum wanila yang telah berkahwin. Mereka akan berkunjung dari rumah ke rumah membawa bersama dulang berisi rokok dan mancis. 

Tetamu yang dijemput perlu membuka dulang dan mengambil sebalang rokok lalu membakamya. Adat ini penting terutama bagi tetamu yang mempunyai anak dara kerana cara ini diharapkan agar anak mereka kelak akan menemui jodoh. Walau bagaimanapun, adat ini hanya dijalankan ketika menjemput tetamu dalam kalangan Orang Bugis. 

Manakala tetamu dalam kalangan kelompok etnik/bangsa lain akan dijemput menggunakan kad undangan seperti yang lazim diamalkan dalam tradisi perkahwinan orang Melayu.

iv) Napissilli

Suatu permohonan yang ditujukan kepada Yang Maha Esa bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas pasangan pengantin dan juga majlis yang bakal diadakan. 

Upacara ‘napissilli‘ dilakukan di halaman rumah pada waktu pagi ketika matahari terbit. Kedua-dua pengantin akan terlibat dalam upacara ini tetapi dijalankan secara berasingan. Upacara ini biasanya dilakukan dua hari sebelum upacara pernikahan. 

Dalam upacara ‘napissilli, pengantin akan dilengkapi dengan pakaian biasa tetapi yang tidak terlalu lusuh. Selepas upacara ini selesai, pakaian yang dipakai oleh pengantin akan diserahkan kepada Indo’ boting.

Persediaan majlis perkahwinan dapat dilihat seperti hantar ieko, mendirikan sarappo’ (khemah), dan bakal pengantin perempuan dipingit dari penglihatan orang ramai. 

Hantar ieko bermaksud menghantar wang belanja dan barangan hantaran lain mengikut persetujuan kedua beIah pihak. 

Ohya, satu lagi upacara Mapacci. Upacara memakaikan inai kepada pengantin perempuan sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. 

Bersambung..


Sumber: 

https://library.ums.edu.my

Gambar: Google Image



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *